Pagi ni tak dapat tidur dgn tenang. Siapkan beberapa hal kerja dan buat research sikit sebanyak.
Makan nasi goreng sambil tgk berita.
Solat sunat sikit dan kemudian terfikir...
Aku selalu berharap agar Allah memakbulkan doa-doa yang kupohon.
Biasanya bila berdoa, aku terbayang perkara-perkara yang aku perlukan bantuan daripada-Nya (which is pretty much everything).
Tapi jarang aku mulakan dgn memikirkan segala kurniaan Allah padaku pada hari ini.
Setakat menyebut Alhamdulillah, tanpa dengan jelas dan spesifik menghayatinya.
Allah bagi aku bangun pagi, bagi aku makan, minum kopi, memandu kereta, memandang, mendengar, bercakap, ketuk2 my junior dlm perut wifey, membaca, berdiskusi.. And the list goes on.
Ya Allah, syukur padaMu..
Siang tadi jumpa 3 org usahawan Dari NY dan DC. Seronok bersembang. Banyak dapat tips bagus utk business.
Mereka semacam kagum dgn usaha business aku. Sedangkan aku rasa kecilnya lah aku ini berbanding mereka itu. Mungkin sebab umur aku lebih muda daripada mereka. Harapnya pabila aku meningkat usia nanti, segala yang diusahakan ini membuahkan hasil yang baik, dan yang penting, diredhai Allah.
Sebelah malam sempat ke Baskin and Robin. Hari ini hari aiskrim 31 cents per scoop. Kami belasah 5 scoops. Kawan2 lain pun ada makan aiskrim berjemaah. Sedekah kepada fire fighter association.
Malaysia Social Media Week 2012 begins tomorrow!
7 hours ago








