Lepas maghrib tadi ada sedikit ta'lim.
Pak imam mengingatkan jemaah betapa dunia sudah terbalik.
Kita hari ini sentiasa memikirkan - dan sesetengah pihak memperjuangkan - apa yang dirasakan hak kita.
Sampaikan kalau boleh kita nak list down segala hak kita, dan nak pegi tuntut dengan semua orang.
Suami nak tuntut hak sebagai ketua, isteri nak tuntut hak dari suami, anak nak tuntut hak dari ibu bapa, pekerja nak tuntut hak dari syarikat, lelaki nak tuntut hak kelelakian, perempuan nak tuntut hak kesama rataan, hatta manusia pun agaknya nak tuntut hak daripada Allah.
Cuba cek balik diri kita sendiri. Betul tak?
Sedangkan, kata pak imam, yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat, ialah kita ni kena sentiasa fikirkan apa hak orang lain yang kita perlu penuhi. Mereka tak akan tenang selagi tak tahu jiran tetangga semua cukup makan. Khalifah mereka membezakan kegunaan harta untuk rakyat atau peribadi. Ada sahabat yang miskin, bila diberikan duit oleh khalifah, diberinya pula kesemuanya kepada anak yatim kerana memikirkan hak anak yatim itu lebih utama baginya.
Nak cari orang yang memikirkan duri sendiri lebih daripada kerunsingan kepada orang lain, memang susah sekali.
Patutlah mereka itu bangsa yang berjaya, manakala kita ini, bangsa yang tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada. Astaghfirullah al-azim.
Anakku, dengar la pesanan ni ye..